About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm just an ordinary woman.Life may not easy as a daughter,wife and working mother but I try to appreciate every moment of my life.I love green color,thriller novels,action movies and makeup...

Follow My Twitter

Follow asmanLina on Twitter

Search Box

Followers

22 December, 2011

Fikir...!

"...Wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki untuk dijadikan teman hidupnya,dekat pada tangan untuk dilindungi & dekat pada hati untuk dicintai..."- hukama

Aku suka kata-kata ni
buat aku berfikir
apa yang sebenarnya orang perempuan mahu 
daripada seorang lelaki...especially suami
 
...wanita mahu dihargai & disayangi...

jadi,
encik2 suami di luar sana
janganlah sia2kan wanita
yang ada di sisi anda...hokey!


P/S : aku membebel ntah apa2 hari ni...apapun, aku pun harap encik suamiku
faham...ngeee :)

15 December, 2011

Congratulations Sis!

Aku jarang dapat guna laptop sendiri
Sebab encik suami pun guna laptop ni
jalankan bisnes karaoke
untuk side income

Insya Allah kalau ada rezeki
Barulah aku dapatkan
Laptop baru untuk diri sendiri
(Laptop baru untuk diri sendiri ya…
Laptop lama kasi encik suami pakai
isteri yg baik…haha)

Oh entry ni sebenarnya khas untuk adik aku
Cik Dew
Yang telah berjaya bergelar graduan
Sempena konvokesyen UMS baru-baru ini
Harap2 x terlewat untuk mengucapkan
TAHNIAH!

Semoga cepat dapat kerja
(dapat kerja, dapat gaji…jangan lupa belanja shopping…ngeeeee)


10 December, 2011

Tutorial : Simple Smokey Eyes

1.       Sapu keseluruhan kelopak mata sehingga bawah kening dengan warna ‘base’
(biasanya kaler putih/krim—> blend rata)
2.       sapukan kaler silver seperti di atas (hanya separuh kelopak mata)
3.      kaler hitam di hujung kelopak mata
(buat bentuk bulan sabit atau huruf ‘C’---> blend lagi sampai nampak soft )
4.       Tambah highlight di bawah kening dan sedikit di hujung kelopak mata
Last but not least,
gariskan eyeliner hitam di bahagian upper lid
(boleh buat effect cat eye di hujung kelopak mata)
dan lower lid...
Hasilnya... ;



:)







06 December, 2011

Mekap Part 3

my sis Dew minta mekap 
sempena majlis perpisahan dia sebagai guru ganti prasekolah di SK K....
alkisahnya,....aku baru bangun tidur pastu dia ketuk pintu bilik minta mekap
nasib baik mood aku tengah bagus
kalo x, sia2 la dia dapat blusher free wahaha... 
(besanya aku memang 'x betul' sikit lepas bangun tidur hehe...)
jadik, dipendekkan cerita...tengok ja la gambar adik aku ni...
(mood malas membebel sekarang ni...hehe)












gambar yg aku culik dpd fb dia...hahaha

aku X terer lagi mekap2 ni...
masih dlm proses belajar
Insya Allah kalo ada rezeki lebih nanti
aku mau tambah lagi ilmu pasal mekap2...
ginila kalo 'feremfuan' kan...ngeeee

14 November, 2011

Annual Dinner 2011

Acara : Majlis Akhir Tahun
Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu)
Tempat : Hotel Le Meridien
Tema Pakaian : Glam & Bling-bling
Masa : 6.30pm - 11.00pm


Untuk malam tu aku pakai kaftan dan tudung ala2 Hana Tajima (aku rasa x layak pula cakap ala2 Hana Tajima sebab cara dia pakai tudung lagi cantik. Gaya arab pun x kali sebab yang ni lain sikit)
alahhhh...aku cuma boleh cakap gaya tudung longgar la kali  
sebab aku mau pakai earring yang aku matchkan dengan rantai dan cincin bling2...
Dua hari juga lah aku keluar dengan ging karas semata-mata mau cari aksesori tu...
actually aku x mau la terover sangat walaupun temanya bling2...
less is better betul kan?
apapun, aku tekankan bahagian mata jadi aku buat smokey eyes hitam + silver
tambah contact lens dan bulu mata palsu sederhana tebal...emm, aku kira ok lah tu
actually aku dan kawan2 memang excited dengan majlis kali ni sebab sebelum2 ni majlis akhir
tahun hanya lunch atau hi- tea
jadi, faham2 lah kalau 'feremfuan' ni...
dinner lebih sesuai kalau mau bergaya2 kan... :P

bersama ging karas Syl yang tetap vogue walaupun pregnant... :)

Ging2 karas yang best! Luv uols :D
Acara Karaoke :)
Pemilihan King & Queen of the night :)

Memang best betul acara malam tu...ada karaoke, pertandingan king & queen of the night, cabutan bertuah, ...bla..bla...
x terasa masa berlalu...harap2 tahun depan annual dinner akan leeeeeebih meriah :)

05 November, 2011

Nazirah Hazwani : brother's Wedding Reception

Actually Nazirah ni kawan adik aku
dia datang dan request make up
sempena wedding reception abang dia

X sempat ambil gambar before
sebab masa ni raya ke-5
dan kami tengah tunggu tetamu istimewa dari Beluran
jadi dalam cuaca panas dan tengah sibuk2 masak
aku make up kan Nazirah dengan sorang adik dia, Haizum
 x sempat ambil gambar adik dia
sebab masa tu memang kelam kabut
yalah orang mula majlis sudah tapi
diorang masih di rumah aku tengah bermekap
hehe...

She asked for simple make up
(ignore penyapu di belakang tu...kan tengah mengemas :P)
Pink & Blue from Elianto and no fake eyelashes

Thanx Nazirah dan Haizum sebab beri kepercayaan mekapkan korang...
I really enjoyed my time and please let me know what u think ok :D

Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Bandaraya KK

Baru-baru ni 03 November 2011 (Khamis)
aku pergi ke majlis konvo my daughter Azra di Dewan Sa'adah Wisma MUIS.
Sudah besar anak aku bah...umur 5 tahun sudah konvo...hihi
sayangnya X banyak gambar aku dapat ambil
adakah patut penat2 aku cas bateri kamera tup2 tertinggal pula
sudahnya terpaksa ambil guna kamera hp yang X berapa jelas nih...

VIP berucap atas stage,
budak2 pula main kejar2...nama pun budak2 kan..haha...sabar jak la




Azra (no. 3 dari kiri) lepas terima skrol dan bunga
mummy, bapa & abang Nuh LOVE Azra...be a good girl ok ;P

08 October, 2011

Mekap Part 2

Hari ni entry pasal make over lagi
kali ni gambar sendiri pula
 waktu mau pigi makan sushi dengan ging2 karas
Siap pakai contact lens warna biru lagi kunun =P
(Perhatian : gambar x kena edit langsung 
kulit pun x lawa...sabar jak la :P) 
 

Produk yang digunakan :

On my face :
1. CNI Skin Vital 5 Make up Base
 2.  Elianto Cream Concealer (Medium)
3.  IRES 2-way cake SPF 15 (Fair Medium)
4. Elianto Ultra Smooth Blusher (Nude Pink)

On my eyes:
1. Elianto Eyebrow Pencil (Dark Brown)
2. Elianto Eye Primer (Yellow)
3.  Elianto Vibrant Shadow (Golden Yellow & Maya Blue)
4. StayOn Eyeliner Pencil in Black (lower lid)
5. StayOn Eyeliner Pen in Black (upper lid)
6. Maybelline Mascara Volume Express (Black)

sedapnya sushi..nyum2 :P

Gambar lama ni...
sempat lagi bah buat iklan promosi lepas makan...
tanda puas hati tu :P


04 October, 2011

Mekap Part 1

Just a quick post !!!

my sister's friends during their annual dinner @ Novotel

my bff
my sis n friends @ 1B Ballroom
my sis
my SIL trial make up for  E-day
my bff

p/s -Aku kena banyak belajar lagi pasal mekap ni
paling penting mau tingkatkan keyakinan diri sendiri
selalu x yakin kalo ada yg minta mekap
risau durang x suka...


11 June, 2011

Madah

Hari ni aku mau bermadah-madah.Biarla orang cakap jiwang ka, apa ka,...
sekali sekala ok juga layan madah-madah macam ni
boleh bagi motivasi dan semangat sikit untuk diri sendiri
okla, yang penting
layannnnn...
 
1. Siapa yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu untuk memimpin orang lain.  -Walter b. Pitkin-

2. Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah.  Apa yang penting adalah ketabahan.

3. Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk mencapai kejayaan.   -Ralph Waldo-

4. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.
Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sadarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan
mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya
cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira !
Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

5. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita
menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan
perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan
akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

6. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah
cinta.

7. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
(Dale Carnagie)

8. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia
meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan
seumpama kuku, ia hanya dihujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus
menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.
  
9. Tidak ada cinta yang tidak cemburu - (Pepatah Perancis


10. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan 
 tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan
perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.


11. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki
sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta
perasaan bahwa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


12. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan
sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sanggup menyayangi dan
mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.



   Jadi...apa kata servay? :P

09 June, 2011

Bila laa...

Aduii
x berapa sihat akhir2 ni..
padahal baru juga mau2 baik dpd demam & batuk sebelum cuti skul itu hari...
sekarang aku kena batuk2 lagi selepas pulang dpd majlis pertunangan my SIL di Kota Belud
plan mau cerita pasal subjek yg aku minat tu terpaksa la tunda dulu sebab
aku masih tunggu gambar2 dpd kawan aku yg ada di Beluran
memandangkan kebanyakan gambar2 begila makeover masa zaman study dulu ada dgn dia
aku punya koleksi gambar2 dlm laptop...emm, x dapat diselamatkan...

trial makeup

sarung cincin...





24 April, 2011

Sibukkk...

Isyyy...lama x menjenguk blog sendiri
banyak sebenarnya aku ingin kongsikan di sini 
tapi sekarang masih sibuk menaip soalan exam untuk pelajar
 aku ingin post sesuatu tentang salah satu hobi yang paling aku minati
iaitu ;

make over!



nah kasi siap kerja dulu la ar...tungguuuuu....!

04 February, 2011

Drama Korea

Sejak melanggan pakej ASTRO B.YOND (HD) hujung tahun lalu, kami sekeluarga boleh dikatakan addict dengan drama2 Korea yang ditayangkan setiap hari di Channel 393

Antaranya ;

Two Wives

Princess Ja Myung Go
Klik


 Big Thing
Klik

 Giant
Klik

Ini mau habis sudah episodnya...

Secret Garden
Klik

Ini pula yang terbaru setakat ni...

Athena : Goddes 
 of War
Klik

 Tapi, drama yang paling kami suka tengok...First Wives Club!Lucu...Hahaha

 X sangka drama ni diterbitkan tahun 2007. Sudah lama pula kan...
Klik

Apapun, yang bestnya my boss boleh duduk sama2 tengok drama2 ni semua sambil ketawa2
walhal sebelum ni kirim salam la kalau dia mau layan genre drama begini
xpa la yang penting happy kan?
Hehe...







02 February, 2011

Haiii...Ladies

aku terfikirkan sesuatu hari ni...

Apa itu  Pap Smear???
Kenapa mau buat tu?
Siapa yang patut buat?
Sakitkah?


ramai wanita yang x tau betapa pentingnya pap smear ni...
jadi kalau kamu ambil berat tentang kesihatan diri rajin2 cari info
 dan ambil lah masa untuk buat check up
pegi mana2 klinik yang ada tawarkan ujian pap smear
ataupun boleh juga ke Persatuan Perancang Keluarga  yang berdekatan





21 January, 2011

~Teman Sejatiku...~


Nah, ini yg aku maksudkan...
 

aku mula tulis diari sejak jadi 'wife' iaitu pada tahun 2001
aku tulis tentang apa saja yg berlaku dalam hidup apabila aku rasa peristiwa itu penting dan perlu diingati
kadang2 kan aku rasa lebih senang meluah perasaan kepada benda bisu ini daripada berkongsi dengan orang lain
susah betul aku mau buka mulut bercerita
kalau free aku baca balik diari sekadar untuk 'flash back' peristiwa yg pernah berlaku dalam hidup

kenampakan macam old style tapi
diari ini kadang2 boleh bagi semangat baru dan
kadang2 buat aku rasa sedih 
juga

diari ini masih berguna untuk aku
sebab ada perkara yg boleh dikongsi bersama melalui blog,facebook dan twitter ; tapi perkara yg x boleh dikongsi
kekal tersimpan di dalam diari untuk tatapan sendiri...
perahsia juga ya...

   OK satu persoalan...
masih adakah orang yg menulis diari sekarang?

Birthday


my birthday cake...
kejutan daripada encik suami...
memang surprised ni...x sangka pula...
emm,emm,...
pulang dari sekolah dijemput encik suami 
dan aku betul2 penat
jadi masuk bilik buka laptop konon2 mau on9
tiba2 encik suami panggil keluar...
aik kenapa  gelap ruang tamu ni???
Surprise!!!
....ada kek atas meja dan lagu Happy Birthday berkumandang...
huhu...terharu
thanx encik suami, mama, bapa, An, and my beloved azra & nuh 


Birthday gift from encik suami...
Tenkiu ...tenkiu... (gumbiranya...)
x sangka dapat hadiah sedangkan aku x expect apa2...
maklumlah sudah 27 tahun...lainlah birthday yang ke-17 kan...hehe
 love it very much....bertambah koleksi hehehe...
ohya, x lupa juga
 thank you sooooo.....mmmmuch buat kawan2 baik Syl, Nad dan Stella yang bersusah payah blanja makan pizza di 1B...sedapppp......kena lagi perut memang tengah lapar...thanx guys...nyum2... hehe